InshaAllah, laksanakan perkara di bawah dengan baik ditambah dengan aura sendiri, anda boleh dapatkan praktikum terbaik/ cemerlang/ calon rentas.
PERKARA PENTING:
- Pensyarah Pembimbing
- Buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) & Portfolio
- Guru Pembimbing
- Sekolah
- Murid
- Penampilan & Disiplin
Pensyarah Pembimbing
- Wujudkan fail - ada biodata diri (sekeping sahaja).
- Serahkan pada pensyarah pembimbing (major & minor) sebelum praktikum/ semasa hendak berikan jadual mengajar.
- Dengar perkara yang disampaikan dan ini permulaan untuk bina repo yang baik.
- Tujuan fail: memudahkan pensyarah untuk lihat keterangan diri, sekolah dan beliau mudah untuk letak borang seliaan/ dokumen yang berkaitan dengan praktikum.
- Pastikan penambahbaikan dilakukan setiap kali diselia.
![]() |
Biodata diri |
Buku Rancangan Pengajaran Harian (RPH) & Portfolio
- Siapkan pembahagi untuk buku RPH & Portfolio (Contoh: label minggu, label bahagian dalam fail).
- Hias dengan kemas (tak kisah nak letak bunga-bunga/ kartun, jangan terlalu banyak). Nanti semak mata nak membaca.
- Pastikan rancangan mengajar disiapkan mengikut pengkhususan masing-masing (Rancangan Pengajaran Mingguan, Rancangan Pengajaran Harian, Rancangan Pengajaran Slot - bergantung pada keperluan kursus).
- Rancangan mengajar mesti dibuat setiap hari mengikut jadual.
- Siapkan di sekolah lebih baik pada masa terluang supaya waktu malam sediakan bahan mengajar sahaja. Ada masa untuk berehat.
- Pastikan rancangan mengajar ditulis/ ditaip dengan lengkap dan refleksi sentiasa ditulis selepas habis sesi pdpc.
- Buku RPH mesti dihantar setiap minggu pada pentadbir supaya kita sentiasa siap dan kemaskini. Percaya cakap saya, sekali tak hantar, sikap bertangguh mula bertenggek.
- Pastikan portfolio asas berkaitan sekolah disiapkan pada hari pertama atau kedua persekolahan (dalam minggu pertama sahaja). Jangan tangguh!
- Sediakan portfolio untuk bahan bantu mengajar, hasil kerja murid dan pentaksiran. Pastikan dikemaskini setiap minggu sebagai bukti.
Guru Pembimbing
- Bina repo yang baik dengan guru pembimbing bermula hari pertama.
- Amalkan konsep bertanya dan berbincang jika tidak tahu/ tidak setuju dengan sesuatu perkara.
- Kebiasaannya saya akan gunakan dialog: "boleh ke kalau saya....?" "kalau saya laksanakan seperti ini, perlu ditambah baik...?" "saya sekadar nak tanya dan kalau cikgu setuju untuk....."
- Gunakan ayat yang sesuai untuk komunikasi, mesti banyak benda boleh mendapat kesefahaman dan tolak ansur dengan guru pembimbing.
- Pastikan guru pembimbing selia anda. Waktu saya praktikum, saya berbincang supaya saya yang tetapkan hari untuk diselia. Jadi, saya beri jadual penyeliaan kepada guru pembimbing.
Sekolah
- Wujudkan hubungan yang baik dengan pertadbir. Hari pertama mesti tunjukkan sikap yang baik.
- Lapor diri pada hari pertama dengan Guru Besar/ pentadbir. Bawa surat/ dokumen berkaitan dengan praktikum dalam fail.
- Sekolah ada aktiviti setiap bulan. Perkara normal.
- Biasa guru praktikum dilibatkan dalam aktiviti sebagai AJK. Waktu terbaik untuk kenal dan bergaul dengan guru lain.
- Fahami skop tugasan AJK yang diberikan dan laksanakan.
- Contoh: AJK Brosur (rujuk penasihat aktiviti, dapatkan maklumat, buat brosur, tunjuk & dapatkan persetujuan, sediakan ikut bilangan guru, beri semasa majlis berlangsung dengan berlapikkan dulang). Cikgu sekolah kalau nampak brosur letak atas dulang, mereka boleh tahu kebolehan kita bekerja dan mereka tak perlu cerita dari ABC sbb kita dah faham dari A sampai Z skop tugasan.
- Kadang-kadang kita perlu guna common sense untuk memahami skop tugasan. Bukan semua benda guru di sekolah nak jelaskan kecuali kalau bertanya.
- Aktifkan diri dalam aktiviti sekolah. Buang tanggapan anda sedang dibuli sebab kadang-kadang AJK yang diberi bagi peluang untuk belajar.
- Andai kata anda terlalu sibuk, bawa berbincang dan jelaskan (saya pernah tolak satu tugasan untuk buat gimik merdeka sebab saya dah ada tugasan untuk latih koir). Berkomunikasi dengan baik. InshaAllah, mereka boleh faham. Fikir negatif, semua negatif 😼
Murid
- Hari pertama datang sebagai guru, bukan agen nak raih popular/manja dengan murid. "Ehh, comelnya!","Jom selfie dengan cikgu"
EWWWWWWWWWWWWW hahaha bertenang sudah kalau rasa tak nak murid pijak kepala. - Tegas dan tidak terlalu melayan.
- Kenal dengan murid pada minggu pertama.
- Saya sarankan permulaan mengajar, laksana aktiviti secara individu/ berpasangan. Kita dapat kenal murid dahulu, baru boleh bentuk mereka dalam aktiviti kumpulan dengan kumpulan yang sesuai. Mudah untuk kawal murid bila kita betul-betul kenal murid.
- Pandangan mata pensyarah - aktiviti menarik tapi kawalan kelas tak okey (kurang tip top).
- Jadi, cuba dahulu dengan kawalan kelas. Aktiviti memang perlu menarik, tapi cuba kawal kelas dengan baik dahulu dalam minggu pertama. Mudah sepanjang praktikum nanti.
Penampilan & Disiplin
- Penting penampilan diri dari segi pakaian dan sikap.
- Pakai pakaian yang sesuai dengan warna yang sesuai (kalau bilik darjah gelap, warna baju gelap, murid nak fokus kat siapa?) :(
- Berhias tak salah cuma jangan keterlaluan. Pastikan berpakaian kemas dan baju diseterika.
- Amalkan tidur awal dan tak perlu buat teruk sebab saya masih tidur awal sepanjang praktikum.
- Datang sekolah awal setiap hari. Saya jenis yang tak boleh datang sekolah masa dah cerah. Contohnya, jam 7.20 belum lagi lewat tapi hari dah cerah. Jadi, saya mesti sampai jam 7.00. Boleh buat refleksi :p
- Elakkan bergaduh/ bermasam muka dengan guru di sekolah. Tak suka, sila membawang di tempat lain.
→ Laksanakan praktikum seperti biasa
→ Mantapkan kawalan kelas, aktiviti dan cara mengajar
→ Kita selalu laksana pengajaran mikro, ambil kekuatan untuk aplikasi masa praktikum. (Contoh; suara jelas, idea hebat)
→ Repo yang baik dengan semua pihak (seperti yang dinyatakan)
→ Kawal keadaan dan bukan orang lain/ keadaan yang kawal diri.
→ Kawal keadaan dan bukan orang lain/ keadaan yang kawal diri.
→ Guru pelatih, rajin dikata, malas juga dikata. Lebih baik rajin sebab benda yang baik mesti ada hikmah :)
No comments:
Post a Comment